*Malaysia*Indonesia*Singapura*Brunei*.................................................................................................................................................... Warga Melayu Nusantara di Dundee, Scotland, United Kingdom
Monday, December 5, 2011
Tahniah
Tahniah kepada Dr. Khamsah, Dr. Maziah (PhD - University of Dundee) dan Dr. Nurul Izati (PhD - St. Andrew's University) atas kejayaan dalam pengajian kedoktoran. Sekalung tahniah!
Terbaru: Tahniah juga kepada Dr Amal Ismail (PhD - University of Dundee) atas kejayaan baru-baru ini.
Saturday, November 12, 2011
Barisan Kepimpinan KMD 2011/12
Thursday, November 10, 2011
Penghargaan
PENGHULU Mohd Taufik Alias
TIMBALAN PENGHULU Mohd Mahadi Halim
KETUA WANITA Azlina Hj Zainul
SETIAUSAHA Zahiruddin Fitri Abu Hassan
BENDAHARI Mahiz Spawi
Exco-exco:
Biro Bina Insan Nour Izaquan Baharuddin
Biro Sukan dan Rekreasi Wan Norhafiza Abdul Rahim
Biro Kebajikan dan PenempatanMuhammad Zuhaili Abu Bakar
Biro Informasi dan KomunikasiNurul Asyiqin Yusof
Saturday, November 5, 2011
Saturday, October 29, 2011
Pemilihan Kepimpinan KMD 2012
Pengundian bagi memilih pentadbiran KMD akan diadakan seperti berikut:Tarikh: 11 Nov 2011Hari: JumaatMasa: 6.00 petangTempat: Dundee Community Centre (sebelah masjid)Diminta SEMUA warga Melayu Dundee mengemukakan cadangan calon bagi mengisi jawatan pentadbiran Melayu Dundee 2012:1. Penghulu2. Timb. Penghulu3. Bendahari4. Ketua Wanita5. Tiga AJKSila rujuk e-mail yang dihantar ke yahoogroup masing-masing.
Friday, September 9, 2011
Salam Aidil Fitri
Sunday, July 31, 2011
Thursday, July 28, 2011
Menawan North Sea
Saudara Taufik (Penghulu KMD), Mahiz, Azahar dan Ustaz Nidzam dengan hasil tangkapan dari North sea. Kebanyakannya ikan Mccarrel yang mana isinya hampir-hampir ikan tenggiri. hasil pancing ini mengagumkan dan ia adalah antara hasil yang terbanyak pernah diperoleh oleh 'kaki pancing' Dundee yang diuruskan oleh Ustaz Nidzam. Sukar untuk menjelaskan kerana penulis tak pernah naik bot ke North Sea namun khabarnya gelombang dan pukulan laut membuatkan ada anggota yang mabuk laut. Untuk cerita lanjut, kena sembang-sembang dengan kaki pancing dan satu lagi - lihat gambar dan biarlah gambar berbicara lanjut.
Wednesday, July 27, 2011
BBQ Pra-Ramadhan, Sukaneka dan Majlis Perpisahan
Assalamualakum wbt.,
Masa berlalu pantas. Memori Ramadhan yang lalu masih segar diingatan.Masih terbayang sahabat-sahabat yang kini telah berada di tanahair mengimarahkan masjid utama Dundee, iftar bersama-sama, tadarus serta berkongsi kisah-kisah anbiya tatkala menanti waktu berbuka. Masih juga tergambar BBQ Pra-Ramadhan di Monikie Park yang mana Ustaz Amin telah menyampaikan tazkirah antara lain mengutarakan Ramadhan disinonimkan bulan banyak fadhilat. Juga, pada hari tersebut masih lagi terbayang bagaimana Abang Azmi menguruskan acara sukaneka yang amat menggelikan hati. Tawa-suka-duka-dan pelbagai kisah itu adalah memori. Tahun ini, 2011 aktiviti seumpama ini diadakan di Tetsmuir Forest. Kali ini program sukaneka ini diacarakan oleh Ustaz Nidzam. Cuaca yang terang dan keriangan anak-anak menjadikan program ini sungguh manis. Ianya menjadi sebahagian daripada lipatan hidup di perantauan.
Tuesday, July 12, 2011
Usrah Muslimat KMD
Teacher Azlina sendiri telah mempengerusikan dan memberi pengisian usrah muslimat. Perbincangan adalah berdasarkan isu kekeluargaan dan rumahtangga, tanggungjawab seorang isteri/ibu/anak, serta diselang-seli dengan isu-isu berbangkit daripada ahli-ahli usrah. Tidak ketinggalan usikan dan gurauan beberapa ahli yang menyebabkan kami tak kering gusi. Seusai usrah, kami dijamu dengan nasi lemak sambal mussels dan sotong dan juadah-juadah ringan seperti tiramisu, karipap dan lain-lain lagi.
Selesai menjamu selera, aktiviti ber'zumba' diadakan yg telah menyebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan terutama dari golongan anak2. Para ibu2 dan kakak2 juga tidak ketinggalan. Sebagai kesimpulan, kami berpendapat, untuk setiap usrah, aktiviti senaman patut diadakan selepas pengisian rohani dan jasmani.
Disediakan oleh,
Ummu Zayd
Thursday, June 23, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Usrah musim baru 2011
Saturday, May 21, 2011
Cabaran Mengubah Paradigma Melayu
Thursday, May 19, 2011
Suara Hati (1)
Membaca nukilan sang teman,
Sendu tak tertahan,
Namun suaraku tertahan,
Sebak hati mengingatkan
Teman2 yang ditinggalkan.
Ada kenangan tersirat mesra
Bersama saudara mara di sana,
Ada kasih teruntai cambah,
bersama memori terindah,
Indahnya berukhuwah,
Hanya kerana Allah,
Syukur kami panjatkan
Kepada Tuhan semesta alam,
Mengurniakan kalian teman,
Sebagai teman seiring jalan.
Di sini kita berjanji setia,
Kan sentiasa memugar ikrar kita
di hadapan yang Esa,
Menjulang panjiNya
Walau di mana kita berada.
Hati2 kita bertaut rapat
Walau lokasi menjadi penjarak
Kerna kasih kita kasih yang suci
Hanya kerana Ilahi.
Sesungguhnya kami mengasihi kalian kerana Allah
Abadan abada...
Abu n Ummu Nabhan, Hanan.
4.30 p.m.
Hotel Le Meridian,
Dubai.
Semalam yang berlalu... suatu perpisahan
(Buat Ustaz Ameen, Fa dan keluarga)
Semalam yang berlalu
Menyaksikan
Suatu lagi perpisahan
Yang tidak diingini
Pemergian sebuah keluarga
Yang sangat dikasihi
Kembali ke tanahair tercinta
Semalam yang berlalu
Buat kesekian kalinya
Bumi Dundee dibasahi lagi
Linangan air mata
Menjadi tanda
Betapa ikatan keluarga
Merapatkan kita
Betapa beratnya melepaskan pergi
Insan yang terlalu banyak berbudi
Kepada warga KMD
Seusia tiba
Pantas tangan dihulur
Membantu setiap yang ada
Tanpa mengira detik dan masa
Semalam yang berlalu
Menjadi lipatan sejarah kini
Kepulangan sebuah keluarga
Meninggalkan kami yang masih terpinga
Meneruskan sisa-sisa kehidupan
Yang masih belum berkesudahan
Semalam yang berlalu
Pastinya mengimbau kenangan
Detik-detik bersama
Yang tak mungkin berulang semula
Sama-sama berusrah
Sama-sama beriadhah
Bertadarrus di bulan puasa
Berbabeku di padang terbuka
Alangkah indahnya detik itu
Namun kini
Semuanya tinggal kenangan
Yang pasti terpahat kukuh dalam ingatan
Semalam yang berlalu
Sudah menjadi lumrah kehidupan
Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan
Setiap yang bermula pastikan berakhir
Apa yang pasti kini
Kehidupan perlu diteruskan
Perjuangan harus diselesaikan
Walaupun jarak memisahkan kita
Namun teknologi berjaya mendekatkan kita
Harapan dan doa kami di sini
Semoga ikatan persaudaraan kita
Berkekalan selamanya...
Nukilan
Azahar Aziz, Teratak Yarrow Terrace
Monday, February 21, 2011
Sambutan Maulidur Rasul 2011
Tarikh: 26 Feb 2011
Hari: Sabtu