Monday, October 13, 2008

Jamuan Hari Raya Komuniti Melayu Dundee 2008

Anak-anak dara KMD
Jamuan raya KMD telah diadakan pada 5 hb Okt 2008. Meriah sekali..permulaannya agak slow skit, tapi toward the end tu sangat meriah. Acara dimulakan dengan ucapan Penyelaras Jamuan, Ust. Lutfi, di ikuti dengan acara makan (semua dah lapar, maklumlah dah dekat pukut 3). Majlis juga disertai dengan bacaan takbir raya oleh juniors KMD (diketuai oleh Muiz) dan juga penyampaian hadiah hari raya oleh Penghulu KMD, Ust Ameen (yang baru sampai dari Malaysia). Penghulu juga sempat menyampaikan sepatah dua kata.

Menu jamuan raya kali ini adalah Nasi bryani dan Ayam masak merah, Nasi Dagang dan Ayam masak ros, Acar nenas timun, Nasi Himpit, Rendang ayam dan lembu, Kuah kacang, Lodeh dan Sambal udang dan Mee goreng. Manisan pula terdiri daripada agar-agar lychee (rasanya..), triffle (betul ke eja..), wajik, bubur pulut hitam, puding kastard dan almond london...kenyang semuanya...

Acara kemuncak adalah ucapan selamat hari raya daripada semua warga KMD dan acara bergambar. Sebelum tu ada aktiviti mencari gula-gula oleh kanak-kanak KMD. Riuh rendah dewan Taymills.

Muslimin KMD 2008

Muslimat KMD 2008

Majlis berakhir dengan acara pembersihan beramai-ramai diketuai oleh Sdr. Taufik, effective sekali, licin berkilat dewan...
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA YANG MELAYARI BLOG INI DARIPADA SEMUA WARGA KOMUNITI MELAYU DUNDEE 2008

Tuesday, October 7, 2008

Open house part 11 - mukim Peddie St

Open house ke-2 di Dundee ni di'host'kan oleh "mak bujang dan 3 dara" pada hari raya ke-4.

Kemeriahan tak disangkalkan lagi.. Makanan yang sempat diperhatikan dan dirasa termasuklah soto ayam, bihun Singapore-Siam, brownies dan puding roti.. tengok ajelah macam mana asyiknya Kak Maziah memasak. Liyana ngan Izzaty pun bukan main lagi...potong jangan tak potong

Gambar2 boleh dilihat di amaldecruzzer


Open house part 1 - mukim Ninewells

Open house pertama di'host'kan oleh masyarakat mukim Ninewells i.e. Ustaz Lutfi dan keluarga, Pn. Khamsah dan keluarga dan Taufik dan keluarga merangkap tuan rumah pada hari raya pertama.. Oleh kerana 'raya' datang mengejut, kelam kabut ler sket jadinye.. Namun begitu, meriah ler jugak..

Makanan?? Tak ler berbeza sangat dengan Malaysia - ada nasik pilau Ustaz Lutfi, rendang daging, rendang ayam, serunding daging, nasi himpit, ketupat Nona, cucur udang, dan kuah kacang.. Beberapa jenis biskut raya ada gak..

Tetamu yang hadir, ramai gak ler.. Kepada yang hadir, terima kasih dari kami..