Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Muslimin bujang KMD semasa Jamuan Hari Raya (ada sorang tak bujang)


Warga KMD menyambut hari raya pada 21 September yang lalu. Raya kali ini agak meriah walaupun ada segelintir warga KMD yang pulang ke Malaysia untuk beraya dan ada juga yang menyambutnya di luar Dundee.


Open house di Peddie Street

Seperti biasa walaupun melayu di Dundee tidak seramai di tempat lain di UK, tapi open house tetap di adakan. Kali ini warga KMD mengadakan tiga open house dan satu majlis Sambutan Hari Raya. Tuan rumah yang volunteer mengadakan open house adalah Zul di Peddie Street, Zahir di Magdalen Street dan Amir di Charleston Drive. Manakala Majlis Sambutan Hari Raya pula di adakan di Taymills Hall.
Bermaaf-maafan semasa majlis hari raya

Majlis sambutan hari raya juga di adakan serentak dengan majlis menyambut warga baru KMD yang baru tiba dari Malaysia. Mereka terdiri daripada Nurul Liyana Berahim (undergrad, Dentistry), Farid (undergrad, Achitecture), Shahrun (PhD Education), Normala (PhD Education), Raihan (Master Finance) berserta keluarga dan Nasrin (Master Artificial Intelligence; St Andrews Uni).




Antara juadah raya yang di sediakan semasa majlis raya