Sunday, July 20, 2008

Kelas Fardhu Ain untuk Anak-anak KMD

Sukacita dimaklumkan, Saudari Zulaikha kita telah menawarkan diri untuk mengadakan kelas fardhu ain untuk anak-anak KMD.

Petikan dari e-mail beliau

"Mendapat galakan dan suntikan semangat dari suami dan sahabat2 di sini,saya dengan rendah dirinya ingin menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar kelas Fardhu Ain kepada anak-anak comel di sekitar Dundee.Di sini, kita dah ada usrah muslimin dan muslimat tapi kita belum ade "usrah anak2".So saya rasa elok juga jika diwujudkan "usrah" ini.
Saya bercadang untuk memulakan kelas ini pada:

HARI:Rabu dan Khamis(bermula 23 dan 24.7-minggu depan)-2 hari seminggu.

MASA:5:00-6: 30 petang.

TEMPAT: 1/L,7 Eassons Angle DD2 2LP,Dundee.

SASARAN:Anak- anak umur 3-10 tahun.

Bersama ini juga,saya memohon jasa baik ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke kelas ini untuk membawa bahan-bahan untuk belajar seperti Iqra',Al-Quran (kalau anak dah sampai Quran) atau mungkin kalau ada carta-carta panduan wudhuk,solat dan yang sewaktu dengannya yang mungkin boleh digunakan untuk belajar kerana saya memang kekurangan bahan tersebut.

Sekian sahajalah dimaklumkan, so sesiapa yang berminat bolehlah hantar anak ke alamat yang telah saya sertakan.Jemputlah datang.....

Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga kepada Saudari Zulaikha dan suami beliau Saudara Tarmidi. Kelas ini juga akan dibantu oleh Pn Azlina. Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada niat suci ini.



Tuesday, July 15, 2008

Anak-anak Kita

Tatkala ibubapa sibuk menyediakan bahan untuk bbq, anak-anak kita pantas sahaja menyesuaikan diri, berinteraksi sesama sendiri, speaks their own language.....enjoyed the moment together...












Bob jadi babysitter, as always...

ada jugak yang syahdu...Maisarah rindu mak dia kut ni....














Hanan... eager to explore










Nabhan and Danish..full attention












Bila dah tiba time makan.....macam-macam gelagat mereka, Balkis siap posing lagi....
















































Monday, July 14, 2008

Tentsmuir Beach BBQ Picnic, 13 July 2008

Aktiviti terbaru KMD adalah piknik di Tentsmuir Beach, somewhere near St. Andrews. Seramai lebih kurang 35 orang warga dan anak-anak warga KMD turut serta. Rombongan berkumpul di Abbotsfort Place dan bertolak ke Tentsmuir lebih kurang pukul 10 pagi.


Taklimat oleh Penghulu KMD sebaik saja sampai di Tentsmuir Pine forest. Dah lama tak dengar sepatah dua kata dari Ust Amin, maklum lah dah agak lama KMD tak ada gathering sejak raya haji last year. Tak mudah nak mengumpulkan kesemua ahli kerana masing-masing terikat dengan komitmen tersendiri. Pada trip kali ini, kebanyakannya disertai oleh families and postgrads. Warga bujang dan undergrad ramai yang berada diluar Dundee samada merantau atau balik M'sia.


Rauhan, Kak Maziah, Aini, mak Kak Ashi, Fa and Suraya kusyuk dengar amanat Tuk Penghulu

Sapa kata bbq senang....Mr. Mom dibantu oleh bakal doktor dan scientist phd trying to figure out..so intense discussion...







Lega dah berasap....apasal Muiz nampak tension jer...
Mr Mom dah lapar...







Aktiviti utama adalah makan...selain daripada bbq (ayam, kambing, sosej, veg kebab), ada juga 'ready to eat' food.. Antaranya pulut kuning, popia, sandwich, cheesecake, fruit cocktail castard puding, coleslaw and fruits..... dalam pada tu muslimat KMD sempat jugak ber-conference....








yang tak dapat ber-conference tu.. maklum la... parent duty...






Akhirnya setelah perut penuh, sebelum mata minta direhatkan, aktiviti bbq pun ditamatkan lebih kurang pukul 3.30 petang. Sebelum balik sempat bergambar beramai-ramai. Khai, Inda, Danish, Zaidi dan Maisarah dah balik dulu.
Photographs credited to Amirrudin Ahmad. The rest of the photos boleh tengok kat http://picasaweb.google.com/melayudundee/TentsmuirPicnic13July2008?pli=1. Gambar dari Khai boleh browse kat http://inda2681.fotopages.com/.




Yusuf Charity International Buffet

Pada 21 Jun yang lalu, KMD participated in Yusuf Charity International Buffet. Setelah sekian lama berbincang-bincang, akhirnya ahli bersetuju untuk menyajikan nasi lemak bersama sambal tumis mackerel, telur rebus, ayam goreng dan kacang goreng, diiringi oleh kek batik. Ahli yang terlibat dalam masak memasak adalah Kak Ashi, Fa, Khamsah, Mai, Iftida, Ina, Amal, Izzati, Ahlam, Zulaikha, Kak Maziah, Azlin dan lain-lain. Menurut penganjur, ada lebih kurang 13 negara terlibat (tapi sebenarnya berapa, tak tahu la...).


Setelah merasa berbagai-bagai jenis makanan kat situ, nasi lemak gak yang sodap....


Pictures credited to Azlina from zahiruddin.fotopages.com

Picnic at Loch Lomond

Pada awal tahun yang lalu, KMD telah menganjurkan picnic ke Loch Lomond. Time winter tuh..dah tak ingat tarikh....Kontingen terdiri daripada 4 buah keta...keta 1; Ust Amin, Fa, Nabhan, Hanan, Amal dan Izati; keta 2: Ust Lutfi, Kak Ashi, Hubayd, Abrar, Nuha; Keta 3: Kak Maziah tiga beranak and keta 4: Mahadi, Khamsah 4 beranak. Oleh kerana dah agak lama, dah lupa berapa orang yang pergi. Kalau ada yang tertinggal nama tu sorry la ye...

Perjalanan mengambil masa 2 jam...melalui perkampungan tradisional Scottish. Actually it was a peaceful trip, road are narrow, sheeps everywhere, farms, barns....

bila dah sampai tu tak sabar la nak makan...maklumla dah kul 1. Lepas solat ramai-ramai kat Gateway Centre, acara makan pun bermula.Menu: nasi putih by Fa, ayam masak merah by Khamsah, terung bakar sambal udang by Khamsah, sambal tumis ikan bilis by Kak Shi, salad (Fa), Puding...tak ingat dah nama...(Fa), popia goreng (Khamsah), sandwich (Kak Maziah), fruits-pisang, grapes, prunes.

Dah kenyang, ahli rombongan pun bergerak ke aquarium Loch Lomond. Walaupun tak sebesar Aquaria KLCC, tapi agak menarik terutama aquarium seahorse.


Oleh kerana time tu time winter, pukul tiga dah gelap. Sebelum bertolak balik ke Dundee, ahli rombongan sempat singgah di Masjid Sterling untuk solat maghrib (kecuali Kak Maziah yang dah tersalah jalan dan terus balik Dundee).



Sunday, July 13, 2008

New Blog for Komuniti Melayu Dundee

Assalamualaikum semua. Welcome to KMD new blog. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog melayu dundee yang terdahulu (http://www.melayudundee.blogdrive.com/). Saya akan mulakan posting aktiviti-aktiviti KMD mulai 2008. Oleh kerana saya bukanlah AJK KMD, mungkin ada aktiviti yang saya terlepas pandang dan saya hanyalah moderator sementara untuk blog ini, saya berharap warga KMD boleh memberi maklumbalas untuk menambahbaik maklumat-maklumat yang sedia ada demi kebaikan semua.