Thursday, December 25, 2008

Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan AGM KMD 2008

Pada 21 Dis 08, Komuniti Melayu Dundee mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha, mesyuarat agong tahunan (AGM) dan perjumpaan dengan Ustaz Mohd Erfino Johari, Education Attache Penasihat Agama dari MSD, London. Sambutan dimulakan dengann AGM dan pemilihan ahli jawatan kuasa KMD 2009. Selepas selesai AGM, bermula acara sambutan Hari Raya Aidil Adha i.e. acara makan-makan.. Selepas makan-makan, majlis diserikan dengan taklimat oleh Ustaz Mohd Erfino berkenaan isu-isu terkini dan diikuti dengan soal jawab.


AJK KMD 2007/2008 semasa pembentangan laporan tahunan aktiviti KMD

Untuk warga KMD dan ahli keluarga warga KMD, gambar-gambar semasa program tersebut telahpun di'upload'kan dan boleh dilihat di ruangan Album KMD.