Saturday, March 10, 2012

USRAH GABUNGAN KMD



InsyaAllah pada Sabtu minggu hadapan (17hb Mac 2012), program Usrah Gabungan KMD akan diadakan di seberang sungai Tay iaitu di rumah saudara Faizi di Newport-On-Tay. Semua warga KMD dijemput hadir memeriahkan pertemuan tersebut. Program dirancang akan bermula pada pukul 1.00 pm dengan sesi makan tengahari, jadi, adalah digalakkan untuk solat terlebih dahulu di rumah masing-masing sebelum bertolak ke sana. InsyaAllah untuk sesi khas usrah kali ini, KMD berbesar hati menjemput dua orang tetamu khas yang akan mengongsikan pengalaman kehidupan mereka di Palestin, Holland dan Sweden, dan mengongsikan gambaran tentang cabaran hidup muslim dan umat Islam di negara-negara tersebut.
Sesi khas ini adalah kesinambungan daripada sesi dalam usrah (Muslimin) yang lepas di mana jemputan khas KMD iaitu saudara sheikh Arif (pelajar phd dalam bidang Tafsir) daripada Bulgaria dan bapak Rahmat (phd pendidikan) telah mengongsikan pengalaman dan pemerhatian mereka terhadap situasi dan perkembangan masyarakat Islam di negara asal masing-masing.
Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Faizi sekeluarga atas kesudian menawarkan rumah mereka sebagai tempat program kali ini.
InsyaAllah, kita semua jumpa di sana...