Tuesday, May 24, 2011

Usrah musim baru 2011

Salam sahabat2 warga KMD.
Alhamdulillah, walaupun dengan jumlah warga KMD yang kian mengecil, dan ramai drp kita yang kini berada di tahun akhir ie tahap kritikal, serta kita masih juga dalam suasana merindui mantan penasihat yang pulang ke Malaysia, usrah Muslimin berjaya juga dijalankan.
Sebagai mengambil alih tugas penyelarasan Usrah, di sini saya dengan sukacitanya memaklumkan semula beberapa kemaskini struktur Usrah Muslimin KMD.
1. Definisi: Usrah Muslimin adalah merangkumi semua pria yang bujang mahupun yang berkahwin.
2. Usrah Muslimin berjalan serentak dengan Usrah Muslimat, melainkan ada perkara berbangkit dan pemakluman semula.
3. Silibus:
(i)Tadaarus Al-Quran dan pembentangan makna dan tuntutan ayat
(ii) Usul 20
(iii) Isu-isu semasa.
4. Ayat2 utk tadaarus adalah ayat2 yang sama untuk pembentangan (seorang pembentang sekitar 4-8 ayat), bacaan 3-4 ayat bagi setiap seorang (ayat2 berulang).
5. Sesi silibus berlangsung tidak melebihi satu jam setengah (1 jam 30 minit).
Pertubahan format ini mengambilkira beberapa faktor spt kesuntukan masa sahabat2 KMD yg belajar, fokus tajuk di samping penambahbaikan tajwid inshaAllah.
Mudah-mudahan Allah swt melapangkan kita untuk dapat memberikan komitmen. Sebarang cadangan adalah dialu-alukan.
Teks asal oleh:
Unit Bina Insan KMD,
21a taylors lane

Diedit oleh: jiran Abu Ziyad, Blacness st

4 comments:

Mia's Mom said...

Salam Adik-beradikku di Dundee,

Ada cadangan usrah through skype tak di masa terdekat ni? Terjauh sikit pun tak ape. Or perhaps tadarus through skype - bulan Ramadhan hampir tiba .... tanya je... tak ada tak apa...

Jazakallah...

Mia's Mom said...

Salam Adik-beradikku di Dundee,

Ada cadangan usrah through skype tak di masa terdekat ni? Terjauh sikit pun tak ape. Or perhaps tadarus through skype - bulan Ramadhan hampir tiba .... tanya je... tak ada tak apa...

Jazakallah...

wan said...

salam..

boleh dptkan contact email..saya ingin meminta pandgn dari saudara-saudari...berkenaan berada di scotland, kerana husband akan ke sane pada jun 2011.

sekian terima kasih.

wan said...

Asslamualaikum..

Boleh dapatkan saya contact email untuk meminta khidmat nasihat tentang kehidupan di scotland. terima kasih