Monday, September 27, 2010

Warga KMD menawan North Sea, Scotland


Fisherman's friend - warga KMD yang mengikuti trip menawan lautan berkumpul di Ninewells, Dundee.
Ketika berada di kapal Mr. Smirth. Azahar dan Taufik (Penguhulu KMD) menunjukkan hasil pancing. Antara warga KMD yang menyertai aktiviti ini.
Tarikh: 26/9/2010
Tempat: North Sea, Scotland
Nota: Semua gembira kerana dapat merasai pengalaman di lautan ini.

Saturday, September 25, 2010

Aidil Fitri di Dundee 2010

Sambutan Aidil Fitri KMD 2010 diadakan di Common Room Taymills Dundee. Tilawah al-Quran yang disertai anak-anak Melayu Dundee menjadi kemuncak kepada majlis ini. Tahniah kepada para ibu bapa yang menjadi jurulatih dan pengurus peserta. Idea ini disuarakan oleh ustazah Fatimah yang kemudiannya disambut positif oleh ibu bapa. Pada peringkat awal, diperhatikan ibu bapa tidak begitu yakin yang anak-anak mampu lakukannya kerana tempoh latihan hanya lebih kurang seminggu sahaja. Namun, berkat usaha murni ini, anak-anak berjaya dilatih dan telah menjadikan sambutan Aidil Fitri ini sungguh bermakna. Pada masjlis yang sama, Ustaz Mahiz mengalunkan bacaan al-Quran surah Lukman dengan tafsiran disampaikan oleh ustaz Nizam. Ini budaya Islam yang direncanakan untuk mengambil tempat perayaan Aidil Fitri yang pastinya menjadikan lebih bermakna. Moga ianya diredhai Allah swt.
Warga muslimin yang hadir pada majlis ini.

Warga muslimat yang turut hadir. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada langsung atau tak langsung dalam menjayakan program ini.

Saudari Lee Jing (paling kiri) turut diundang ke majlis ini. Gambar di atas menunjukkan Lee Jing bersama Penghulu KMD (Taufik) dan Setiausaha KMD (Zahir). "Kami merasakan amat berbangga kerana pada tahun ini sambutan Aidil Fitri sungguh meriah dengan sambutan empat versi iaitu di rumah Zahir pada hari raya pertama, rumah saudara Mahiz pada hari kedua, hari ketiga di rumah Abg Azhar dan hari ini kemuncaknya diadakan di Taymills. Kalau diumpamakan dengan IT, ia adalah versi terakhir ... kerana yang pertama tu dikenali sebagai Alfa, kedua Beta, Gama dan yang ini paling latest. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan juga yang sama-sama merancang dan menjayakan program ini. Terima kasih kepada Lee Jing yang turut hadir ke majlis ini," kata Penghulu KMD dengan sambutan pantun oleh Pengerusi Majlis, saudara Azahar Aziz.
Pada majlis ini sesi bermaaf-maafan turut diadakan. "Namun, sejauhmana aktiviti sebegini dapat dibudayakan apabila pulang ke Malaysia nanti masih belum diketahui. Melihat keadaan semasa, budaya hiburan masih menjadi elemen utama dalam setiap perayaan," komen seorang ahli debat yang tidak mahu namanya disiarkan.
(Nota: Mohon maaf kerana telah lama tidak kemaskini blog ini ekoran kesibukan)
Laporan: Mohd Mahzan Awang, Biro Informasi KMD 2010