Tuesday, February 21, 2012

Winter Trip KMD





Program Mega Winter Trip KMD tahun ini telah dibatalkan secara teknikal kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, beberapa buah keluarga KMD mengambil inisiatif meneruskan program trip musim sejuk ini dengan skala yang lebih kecil. Lima buah keluarga yang diketuai oleh "iron lady" KMD (puan Fiza) telah merentasi selatan Scotland dan utara England untuk tiba di kawasan pelancongan terkenal "Lake District" di Cumbria. Mereka telah menginap di Youth Hostel di Keswick dan sempat beberapa kali mengadakan sesi pelajaran masak-memasak yang diselia oleh chef utama yang diimport daripada Mardi iaitu abe Zul.
Rombongan agak bertuah kerana ketika salji begitu malu-malu untuk menutupi bumi Dundee, ia telah begitu tebal turun di Cumbria dan masih lagi meliputi beberapa kawasan sekitar ketika ketibaan mereka. Rombongan mengambil kesempatan bermain salji sepuasnya dan menikmati keindahan pemandangan di Windermere.
Lake District sememangnya terkenal dengan pemandangan yang sangat indah, tasik-tasik besar untuk aktiviti memancing, berbot dan berkayak. Perkhidmatan kapal persiaran juga banyak disediakan. Ia dikelilingi kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan latihan (training). Alhamdulillah semua anggota rombongan selamat pulang, dan semasa dalam perjalanan pulang, rombongan telah singgah di Glasgow untuk membeli-belah barang-barang keperluan.

Friday, February 3, 2012

Sambutan Maulidur Rasul KMD 2012

Majlis sambutan maulidur Rasul akan diadakan pada 04 Feb 2012 di rumah saudara Zahiruddin Fitri/Azlina Zainul. Pada majlis ini Ust. Suhaimi M Yusof akan menyampaikan ceramah khas berkenaan junjungan kita Muhammad SAW. Warga KMD sama-sama menyediakan juadah yang mana menu utama adalah nasi kerabu.
Semua warga KMD dijemput hadir.

Wassalam