Tuesday, May 24, 2011

Usrah musim baru 2011

Salam sahabat2 warga KMD.
Alhamdulillah, walaupun dengan jumlah warga KMD yang kian mengecil, dan ramai drp kita yang kini berada di tahun akhir ie tahap kritikal, serta kita masih juga dalam suasana merindui mantan penasihat yang pulang ke Malaysia, usrah Muslimin berjaya juga dijalankan.
Sebagai mengambil alih tugas penyelarasan Usrah, di sini saya dengan sukacitanya memaklumkan semula beberapa kemaskini struktur Usrah Muslimin KMD.
1. Definisi: Usrah Muslimin adalah merangkumi semua pria yang bujang mahupun yang berkahwin.
2. Usrah Muslimin berjalan serentak dengan Usrah Muslimat, melainkan ada perkara berbangkit dan pemakluman semula.
3. Silibus:
(i)Tadaarus Al-Quran dan pembentangan makna dan tuntutan ayat
(ii) Usul 20
(iii) Isu-isu semasa.
4. Ayat2 utk tadaarus adalah ayat2 yang sama untuk pembentangan (seorang pembentang sekitar 4-8 ayat), bacaan 3-4 ayat bagi setiap seorang (ayat2 berulang).
5. Sesi silibus berlangsung tidak melebihi satu jam setengah (1 jam 30 minit).
Pertubahan format ini mengambilkira beberapa faktor spt kesuntukan masa sahabat2 KMD yg belajar, fokus tajuk di samping penambahbaikan tajwid inshaAllah.
Mudah-mudahan Allah swt melapangkan kita untuk dapat memberikan komitmen. Sebarang cadangan adalah dialu-alukan.
Teks asal oleh:
Unit Bina Insan KMD,
21a taylors lane

Diedit oleh: jiran Abu Ziyad, Blacness st

Saturday, May 21, 2011

Cabaran Mengubah Paradigma Melayu

Usrah hari ini 21 May 2011 berkisar kepada pentingnya mempamerkan izzah sebagai Muslim terutama dalam masyarakat kini (terutama di Barat) yang meletakkan kumpulan manusia beragama di kategori kedua. Juga, perbincangan kepada cabaran mengubah paradigma masyarakat Melayu. Ini ekoran daripada agama sering dikaitkan dengan benda-benda yang ajaib. Telah dikupaskan betapa perkara serupa ini telah berlaku ketika zaman-zaman nabi terdahulu. Apabila Islam diturunkan pada waktu di kala masyarakat memija pantung, yakni "Tuhan" boleh dilihat, dipegang dan mempunyai sifat fizikal - maka kehadiran Islam telah mendorong masyarakat untuk mengimaginasikan bentuk Tuhan sedangkan Allah swt bukanlah difahami dalam minda imaginasi.

Hari ini, malah dikritikkan tentang bagaimana Islam bikaitkan dengan kuasa keajaiban telah melahirkan satu bentuk pemikiran bahawa Islam itu penuh benda-benda ajaib. Sedangkan alam ini bergerak dalam kuasa Sunatullah. Angin bertiup kerana berlakunya proses alam semulajadi yang mana semuanya dibawah Sunatullah. Seringkali sejarah peperangan dalam Islam dikaitkan dengan bahawa bila berperang kerana Islam maka kemenangan adalah pasti walhal menang-kalah dan sebagainya bergerak dalam hukum alam - yang mana turut mengambil kira soal perancangan strategik dan juga teknologi - semua ini bergerak dengan "edaran" seperti yang diaturkan Allah swt.

Wallahualam

Untuk usrah akan datang telah ditetapkan bahawa perbincangan akan berlangsung selama 1jam 30 minit kemudian diikuti dengan perbincangan informal sambil menjamah juadah.

Wassalam

Abu Azim, Blackness street, Dundee

Thursday, May 19, 2011

Suara Hati (1)

Ada titis air mata terungkai,
Di hotel le meridien, dubai,
Membaca nukilan sang teman,
Sendu tak tertahan,



Cuba kudeklamasikan buat sang suami,
Namun suaraku tertahan,
Sebak hati mengingatkan
Teman2 yang ditinggalkan.

Ada kenangan tersirat mesra
Bersama saudara mara di sana,
Ada kasih teruntai cambah,
bersama memori terindah,

Indahnya berukhuwah,
Hanya kerana Allah,
Syukur kami panjatkan
Kepada Tuhan semesta alam,
Mengurniakan kalian teman,
Sebagai teman seiring jalan.

Di sini kita berjanji setia,
Kan sentiasa memugar ikrar kita
di hadapan yang Esa,
Menjulang panjiNya
Walau di mana kita berada.

Hati2 kita bertaut rapat
Walau lokasi menjadi penjarak
Kerna kasih kita kasih yang suci
Hanya kerana Ilahi.

Sesungguhnya kami mengasihi kalian kerana Allah
Abadan abada...

Abu n Ummu Nabhan, Hanan.
4.30 p.m.
Hotel Le Meridian,
Dubai.

Semalam yang berlalu... suatu perpisahan


(Buat Ustaz Ameen, Fa dan keluarga)


Semalam yang berlalu

Menyaksikan

Suatu lagi perpisahan

Yang tidak diingini

Pemergian sebuah keluarga

Yang sangat dikasihi

Kembali ke tanahair tercinta

Semalam yang berlalu

Buat kesekian kalinya

Bumi Dundee dibasahi lagi

Linangan air mata

Menjadi tanda

Betapa ikatan keluarga

Merapatkan kita

Betapa beratnya melepaskan pergi

Insan yang terlalu banyak berbudi

Kepada warga KMD

Seusia tiba

Pantas tangan dihulur

Membantu setiap yang ada

Tanpa mengira detik dan masa

Semalam yang berlalu

Menjadi lipatan sejarah kini

Kepulangan sebuah keluarga

Meninggalkan kami yang masih terpinga

Meneruskan sisa-sisa kehidupan

Yang masih belum berkesudahan

Semalam yang berlalu

Pastinya mengimbau kenangan

Detik-detik bersama

Yang tak mungkin berulang semula

Sama-sama berusrah

Sama-sama beriadhah

Bertadarrus di bulan puasa

Berbabeku di padang terbuka

Alangkah indahnya detik itu

Namun kini

Semuanya tinggal kenangan

Yang pasti terpahat kukuh dalam ingatan

Semalam yang berlalu

Sudah menjadi lumrah kehidupan

Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan

Setiap yang bermula pastikan berakhir

Apa yang pasti kini

Kehidupan perlu diteruskan

Perjuangan harus diselesaikan

Walaupun jarak memisahkan kita

Namun teknologi berjaya mendekatkan kita

Harapan dan doa kami di sini

Semoga ikatan persaudaraan kita

Berkekalan selamanya...

Nukilan

Azahar Aziz, Teratak Yarrow Terrace