Saturday, August 25, 2012

Thursday, August 23, 2012

Kemusykilan agama


Dipetik dari  email YahooGroup [melayu_dundee]
SOALAN:

Assalamualaikum,

Nak tanya, ada tak mana-mana mazhab yg menghukumkan batal wudhu jika perut berbunyi. Soklan kedua, nak bertanya tentang kemakruhan mandi selepas waktu zohor/asar dan kemakruhan memberus gigi ketika berpuasa dari mana-mana mazhab.

Zahir
JAWAPAN 1:
1. Ulama bersepakat bahawa bunyi dalam perut tidak membatalkan wudhu. Semua hadith yg berkaitan "BUNYI dan BAU" adalah tentang bunyi ketika angin keluar  melalui dubur (ada sedikit perbezaan di kalangan ulama untuk angin yg keluar melalui  qubul). Drp Abu Hurairah, Rasulullah saw berkata; apabila sesiapa mendapati/berasa sesuatu drp perutnya lalu dia keliru/was-was adakah KELUAR ATAU PUN TIDAK, maka janganlah dia meninggalkan masjid (meninggalkan solat utk pergi berwudhu semula) sehnggalah dia mendengar bunyi atau membau - sahih Muslim.
Cuma dalam mazhab Maliki ketika menyentuh tentang isu orang yg bermasalah kesihatan iaitu lubang dubur dan qubulnya tersekat, menyebut bahawa selain najis yg terpaksa keluar menerusi apa2 liang/jalan, angin yg bergerak di sebelah bawah kedudukan perut (usus sebelah bawah) turut membatalkan wudhu.

2. Makruh mandi selepas zohor atau asar setakat pengetahuan saya, tiada nas sama sekali.

3. Makruh memberus gigi adalah pandangan sebahagian ulama berdasarkan HADITH DHO'IF yg berbunyi "Apabila kamu berpuasa maka bersiwaklah pada awal hari, dan janganlah bersiwak pada penghujung hari". Mereka berhujahkan pula dengan sandaran tafsiran hadith lain (yg sahih) sabda Rasulullah "Sungguh perubahan bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk". Namun hujah ini ditolak oleh ulama yg lain dengan hujah drp hadith sahih Bukhari "Amir bin Rabi'ah ra berkata, aku melihat tidak terkira (berkali2) Rasulullah bersiwak dalam keadaan baginda berpuasa. Ulama yg berpandangan kedua ini mengatakan bahawa perkataan khuluf ie perubahan bau mulut orang berpuasa itu adalah merujuk kpd bau yg berasal drp bahagian tekak dan perut orang yg berpuasa dan bukannya drp bahagian gigi berdasarkan perbuatan Rasulullah yg tetap bersiwak ketika baginda berpuasa.

matan hadith2 berkenaan di atas;

1.عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا ، فأشكل عليه : أخرج منه شيء ، أم لا ؟ فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا . رواه مسلم
2. عامر بن ربيعة رضي الله عنه قال: "رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لا أحصي يستاك وهو صائم"
3. ِذَا صُمْتُمْ فَاسْتَاكُوا أَوَّلَ النَّهَارِ وَلا تَسْتَاكُوا آخِرَهُ
4. "لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
 
wallahu a'lam, semoga bermanfaat.
 
nizam
taylors lane.

JAWAPAN 2:
sgt jelas sekali jawapan ust Nizam, saya hanya mencelah je.....

1. perut berbunyi- apa yg penting kpd kita ialah berpegang kpd padangan ulama bahawa selagi tiada apa apa yg keluar dr rongga dubur sama ada najis atau angin, maka ia tidak membatalkan wudu'.

3. berkenaan dgn siwak/gosok gigi.
Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Shafei menyifatkan bahawa bersiwak/gosok gigi adalah dibenarkan dan tidak menjejaskan ibadat puasa juga tidak  dikategorikan sbg makruh...hujjah mereka amat kuat berdasarkan kpd hadis sahih yg umum yg menggalakkan umat islam bersiwak setiap kali hendak solat..
pdgan yg mengatakan makruh adalah pdgna mazhab Hanbali dan juga masyhur dikalangan mazhab Shafie.


Eid Mubarak 1433H

Selamat hari raya Aidil Fitri 
dari kami buat rakan-rakan 
dan keluarga di mana jua anda berada.
Taqabbalullah minna waminka’ 
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.


1 Syawal 1433H
19 Ogos 2012

Pecah kaca pecah simen


InsyaAllah, saya diberi tanggungjawab untuk mengendali blog KMD selepas ini.
Semoga blog ini akan mengukuhkan ukhwah kita
di samping menambah ilmu di dada.

Harapan saya untuk semua untuk kita sama-sama berkongsi yang baik.

Pecah kaca pecah simen,
lepas baca harap komen.

*** * ***
“Among the most beloved of deeds to Allah is the one that is continuous,

even if it is little.” 


Saturday, April 14, 2012

Saturday, March 10, 2012

USRAH GABUNGAN KMD



InsyaAllah pada Sabtu minggu hadapan (17hb Mac 2012), program Usrah Gabungan KMD akan diadakan di seberang sungai Tay iaitu di rumah saudara Faizi di Newport-On-Tay. Semua warga KMD dijemput hadir memeriahkan pertemuan tersebut. Program dirancang akan bermula pada pukul 1.00 pm dengan sesi makan tengahari, jadi, adalah digalakkan untuk solat terlebih dahulu di rumah masing-masing sebelum bertolak ke sana. InsyaAllah untuk sesi khas usrah kali ini, KMD berbesar hati menjemput dua orang tetamu khas yang akan mengongsikan pengalaman kehidupan mereka di Palestin, Holland dan Sweden, dan mengongsikan gambaran tentang cabaran hidup muslim dan umat Islam di negara-negara tersebut.
Sesi khas ini adalah kesinambungan daripada sesi dalam usrah (Muslimin) yang lepas di mana jemputan khas KMD iaitu saudara sheikh Arif (pelajar phd dalam bidang Tafsir) daripada Bulgaria dan bapak Rahmat (phd pendidikan) telah mengongsikan pengalaman dan pemerhatian mereka terhadap situasi dan perkembangan masyarakat Islam di negara asal masing-masing.
Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Faizi sekeluarga atas kesudian menawarkan rumah mereka sebagai tempat program kali ini.
InsyaAllah, kita semua jumpa di sana...

Tuesday, February 21, 2012

Winter Trip KMD





Program Mega Winter Trip KMD tahun ini telah dibatalkan secara teknikal kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, beberapa buah keluarga KMD mengambil inisiatif meneruskan program trip musim sejuk ini dengan skala yang lebih kecil. Lima buah keluarga yang diketuai oleh "iron lady" KMD (puan Fiza) telah merentasi selatan Scotland dan utara England untuk tiba di kawasan pelancongan terkenal "Lake District" di Cumbria. Mereka telah menginap di Youth Hostel di Keswick dan sempat beberapa kali mengadakan sesi pelajaran masak-memasak yang diselia oleh chef utama yang diimport daripada Mardi iaitu abe Zul.
Rombongan agak bertuah kerana ketika salji begitu malu-malu untuk menutupi bumi Dundee, ia telah begitu tebal turun di Cumbria dan masih lagi meliputi beberapa kawasan sekitar ketika ketibaan mereka. Rombongan mengambil kesempatan bermain salji sepuasnya dan menikmati keindahan pemandangan di Windermere.
Lake District sememangnya terkenal dengan pemandangan yang sangat indah, tasik-tasik besar untuk aktiviti memancing, berbot dan berkayak. Perkhidmatan kapal persiaran juga banyak disediakan. Ia dikelilingi kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan latihan (training). Alhamdulillah semua anggota rombongan selamat pulang, dan semasa dalam perjalanan pulang, rombongan telah singgah di Glasgow untuk membeli-belah barang-barang keperluan.

Friday, February 3, 2012

Sambutan Maulidur Rasul KMD 2012

Majlis sambutan maulidur Rasul akan diadakan pada 04 Feb 2012 di rumah saudara Zahiruddin Fitri/Azlina Zainul. Pada majlis ini Ust. Suhaimi M Yusof akan menyampaikan ceramah khas berkenaan junjungan kita Muhammad SAW. Warga KMD sama-sama menyediakan juadah yang mana menu utama adalah nasi kerabu.
Semua warga KMD dijemput hadir.

Wassalam