Assalamualakum wbt.,
Masa berlalu pantas. Memori Ramadhan yang lalu masih segar diingatan.Masih terbayang sahabat-sahabat yang kini telah berada di tanahair mengimarahkan masjid utama Dundee, iftar bersama-sama, tadarus serta berkongsi kisah-kisah anbiya tatkala menanti waktu berbuka.
Chef Zul mengetuai dalam menyediakan juadah utama - satay ayam, ayam bakar (golek), kuah kacang - turut dibantu oleh warga Dundee dengan juadah seperti nasi impit, nasi pilau, bihun, kueh-mueh dan pelbagai hidangan lagi.
Saudara Amir yang bakal pulang ke tanahair turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada (1) warga Dundee yang telah berada di Malaysia termasuklah Ustaz Amin sekluarga (yang membantu beliau sekeluarga), Ustaz Lutfi sekluarga (dengan hidagan nasi pilau), ustazah Zulaikha dan abg Tarmidi (yang mengajar al-Quran), Mahmud sekeluarga (dengan kisah-kisah kereta) - maaf ada lagi list yang tak termampu nak dimuatkan; (2) warga Dundee yang berada di Dundee sekarang; (3) isteri dan anak-anak tercinta beliau sendiri. Kata-kata Amir yang boleh dijadikan semagat ialah apabila beliau berkongsi kisah beliau bertemu dgn local PhD student yang menyuarakan betapa susahnya PhD. "Kita kena siapkan juga biarpun perit!" kata Amir dengan penuh semangat.
Laporan Abu Azim, Blackness street DUNDEE
No comments:
Post a Comment