Friday, September 9, 2011

Salam Aidil Fitri


Warga KMD mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Dari kiri (belakang): Mahiz, Azahar, Anas, Raja Azman, Mahzan, Azim. Berdiri (tengah): Mahadi, Zulkifli, Taufik, Zahir. Kanak-kanak: Azri, Fathi, Imran, Lokman
Sebahagian daripada muslimah KMD. Moga Ramadhan berlalu mengumpul jutaan keampunan dari Ilahi.

Sunday, July 31, 2011

Thursday, July 28, 2011

Menawan North Sea


Saudara Taufik (Penghulu KMD), Mahiz, Azahar dan Ustaz Nidzam dengan hasil tangkapan dari North sea. Kebanyakannya ikan Mccarrel yang mana isinya hampir-hampir ikan tenggiri. hasil pancing ini mengagumkan dan ia adalah antara hasil yang terbanyak pernah diperoleh oleh 'kaki pancing' Dundee yang diuruskan oleh Ustaz Nidzam. Sukar untuk menjelaskan kerana penulis tak pernah naik bot ke North Sea namun khabarnya gelombang dan pukulan laut membuatkan ada anggota yang mabuk laut. Untuk cerita lanjut, kena sembang-sembang dengan kaki pancing dan satu lagi - lihat gambar dan biarlah gambar berbicara lanjut.
Laporan:
Abu Azim, Blackness street

Wednesday, July 27, 2011

BBQ Pra-Ramadhan, Sukaneka dan Majlis Perpisahan


Assalamualakum wbt.,
Masa berlalu pantas. Memori Ramadhan yang lalu masih segar diingatan.Masih terbayang sahabat-sahabat yang kini telah berada di tanahair mengimarahkan masjid utama Dundee, iftar bersama-sama, tadarus serta berkongsi kisah-kisah anbiya tatkala menanti waktu berbuka. Masih juga tergambar BBQ Pra-Ramadhan di Monikie Park yang mana Ustaz Amin telah menyampaikan tazkirah antara lain mengutarakan Ramadhan disinonimkan bulan banyak fadhilat. Juga, pada hari tersebut masih lagi terbayang bagaimana Abang Azmi menguruskan acara sukaneka yang amat menggelikan hati. Tawa-suka
-duka-dan pelbagai kisah itu adalah memori. Tahun ini, 2011 aktiviti seumpama ini diadakan di Tetsmuir Forest. Kali ini program sukaneka ini diacarakan oleh Ustaz Nidzam. Cuaca yang terang dan keriangan anak-anak menjadikan program ini sungguh manis. Ianya menjadi sebahagian daripada lipatan hidup di perantauan.
Chef Zul mengetuai dalam menyediakan juadah utama - satay ayam, ayam bakar (golek), kuah kacang - turut dibantu oleh warga Dundee dengan juadah seperti nasi impit, nasi pilau, bihun, kueh-mueh dan pelbagai hidangan lagi.

Saudara Amir yang bakal pulang ke tanahair turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada (1) warga Dundee yang telah berada di Malaysia termasuklah Ustaz Amin sekluarga (yang membantu beliau sekeluarga), Ustaz Lutfi sekluarga (dengan hidagan nasi pilau), ustazah Zulaikha dan abg Tarmidi (yang mengajar al-Quran), Mahmud sekeluarga (dengan kisah-kisah kereta) - maaf ada lagi list yang tak termampu nak dimuatkan; (2) warga Dundee yang berada di Dundee sekarang; (3) isteri dan anak-anak tercinta beliau sendiri. Kata-kata Amir yang boleh dijadikan semagat ialah apabila beliau berkongsi kisah beliau bertemu dgn local PhD student yang menyuarakan betapa susahnya PhD. "Kita kena siapkan juga biarpun perit!" kata Amir dengan penuh semangat.

Laporan Abu Azim, Blackness street DUNDEE

Tuesday, July 12, 2011

Usrah Muslimat KMD

Usrah muslimat KMD (bujang + berkahwin) yang dijalankan 2 minggu sekali telah diadakan baru-baru ini (2 Julai 2011) bertempat di rumah penghulu wanita KMD, Teacher Azlina Hj Zainul. Usrah muslimat pada kali ini dimulakan pada pukul 11 pagi dan berakhir kira-kira 4 petang. Kehadiran mencapai 85% dari bilangan keseluruhan muslimat KMD. Ini adalah kerana ada sebahagian adik2 undergrad sedang bercuti di Malaysia dan ada senior2 yg sedang bertarung di saat-saat akhir pengajian PhD.

Teacher Azlina sendiri telah mempengerusikan dan memberi pengisian usrah muslimat. Perbincangan adalah berdasarkan isu kekeluargaan dan rumahtangga, tanggungjawab seorang isteri/ibu/anak, serta diselang-seli dengan isu-isu berbangkit daripada ahli-ahli usrah. Tidak ketinggalan usikan dan gurauan beberapa ahli yang menyebabkan kami tak kering gusi. Seusai usrah, kami dijamu dengan nasi lemak sambal mussels dan sotong dan juadah-juadah ringan seperti tiramisu, karipap dan lain-lain lagi.


Selesai menjamu selera, aktiviti ber'zumba' diadakan yg telah menyebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan terutama dari golongan anak2. Para ibu2 dan kakak2 juga tidak ketinggalan. Sebagai kesimpulan, kami berpendapat, untuk setiap usrah, aktiviti senaman patut diadakan selepas pengisian rohani dan jasmani.


Disediakan oleh,
Ummu Zayd

Thursday, June 23, 2011

Graduation 2011

Congratulations to all those who have been awarded this year.
Registry

From all KMD members

Tuesday, May 24, 2011

Usrah musim baru 2011

Salam sahabat2 warga KMD.
Alhamdulillah, walaupun dengan jumlah warga KMD yang kian mengecil, dan ramai drp kita yang kini berada di tahun akhir ie tahap kritikal, serta kita masih juga dalam suasana merindui mantan penasihat yang pulang ke Malaysia, usrah Muslimin berjaya juga dijalankan.
Sebagai mengambil alih tugas penyelarasan Usrah, di sini saya dengan sukacitanya memaklumkan semula beberapa kemaskini struktur Usrah Muslimin KMD.
1. Definisi: Usrah Muslimin adalah merangkumi semua pria yang bujang mahupun yang berkahwin.
2. Usrah Muslimin berjalan serentak dengan Usrah Muslimat, melainkan ada perkara berbangkit dan pemakluman semula.
3. Silibus:
(i)Tadaarus Al-Quran dan pembentangan makna dan tuntutan ayat
(ii) Usul 20
(iii) Isu-isu semasa.
4. Ayat2 utk tadaarus adalah ayat2 yang sama untuk pembentangan (seorang pembentang sekitar 4-8 ayat), bacaan 3-4 ayat bagi setiap seorang (ayat2 berulang).
5. Sesi silibus berlangsung tidak melebihi satu jam setengah (1 jam 30 minit).
Pertubahan format ini mengambilkira beberapa faktor spt kesuntukan masa sahabat2 KMD yg belajar, fokus tajuk di samping penambahbaikan tajwid inshaAllah.
Mudah-mudahan Allah swt melapangkan kita untuk dapat memberikan komitmen. Sebarang cadangan adalah dialu-alukan.
Teks asal oleh:
Unit Bina Insan KMD,
21a taylors lane

Diedit oleh: jiran Abu Ziyad, Blacness st