Sunday, June 28, 2009

Program Meraikan Pengantin dan Forum Perdana KMD


Bertempat di Dewan Taymills, program majlis meraikan pengantin silang negara (Saudara Hasnuddin dan saudari Hajar) dan usrah gabungan telah diadakan pada hari Sabtu 09 Mei 2009 yang lalu. Hampir semua warga KMD yang tidak berkeuzuran (peperiksaan, bercuti dsbgnya) telah hadir memeriahkan program ini. Program yang dicetuskan oleh penghuluwati kira-kira seminggu sebelum itu telah berjalan dengan sangat meriah dan lancar. Majlis ini menerima tetamu istimewa iaitu saudara Muhammad Salim dan isteri (warga Malaysia yang telah lama menetap di Dundee).
Ahli forum Perdana: Pn Khamsah, Pengerusi Saudara Tarmidi, Ust Ameen dan Saudara Mahzan
Program bermula dengan doa makan yang dibacakan oleh Dr. Che Anwar untuk memastikan keberkatan santapan beramai-ramai bersama pasangan pengantin. Program seterusnya diisi dengan majlis Forum Perdana Dundee dengan tajuk perdana “Isu Dalam Perkahwinan : Amanat Untuk Semua Pengantin” yang menampilkan ahli panel Dr. Penghulu, Pakar kek dan masakan KMD (siapa lagi) dan calon PHD Pendidikan dari UKM – saudara Mahzan, dengan dipengerusikan oleh saudara Tarmidi. Ahli-ahli panel telah mengupas tajuk yang disediakan dan berkongsi pengalaman perkahwinan untuk pengetahuan dan pengajaran bersama.





Warga KMD bergambar dengan pengantin Baru

Majlis diteruskan dengan sesi taaruf bersama pasangan pengantin diikuti dengan sesi penggambaran beramai-ramai. Dr. Penghulu kemudiannya menyampaikan sedikit hadiah bagi pihak warga KMD kepada pengantin yang diraikan.

Kek perkahwinan sumbangan Pn Khamsah

Penyelaras Program: Ust Nizam Hassan

Laporan oleh Ust Nizam Hassan

Thursday, June 25, 2009

Program Usrah Gabungan dan Mawlidurrasul

Alhamdulillah pada 14 Mac yang lalu, bersempena dengan Mawlidurrasul, Komuniti Melayu Dundee telah berjaya mengadakan program yang menggabungkan beberapa aktiviti yang mempertemukan majoriti warganya dalam sebuah majlis yang dinamakan sebagai Program Gabungan MawlidurRasul (PGMR) di Dewan Taymills yang bersejarah. Ia adalah usrah gabungan mawar-mawar suci dan kumbang-kumbang macho dengan pengisian ceramah yang disampaikan oleh saudara Jibril (jemputan khas dari Al-Maktoum) berkaitan pengiktibaran daripada seerah Rasulullah SAW dengan dipengerusikan oleh saudara Mirin Yeah.


Kerana masalah teknikal, penceramah terpaksa menggunakan kotak suara semulajadi tanpa pembesar suara, namun kecekapan Penghuluwati aka Ustazah Ika menyelenggara kuiz untuk kanak-kanak telah berjaya meminimumkan sound-sound effect yang telah diijangka boleh mengganggu kelancaran ceramah.


Program diserikan selepas itu dengan majlis belah mulut dan cukur baby Faiq, cahayamata terkini pasangan saudara Taufik dan Aeni yang dilahirkan di hospital Ninewells lebih kurang seminggu sebelum itu. Keluarga Melayu di Dundee turut meraikan kedatangan warga KMD yang baru tiba dengan sedikit sesi taaruf. Kemudiannya sedikit sesi soal-jawab dan perkembangan terkini program KMD juga diadakan dengan penutupnya ucapan dan ingatan ringkas daripada Penghulu Dr. Aminurrasyid.


Acara kemuncak iaitu kudapan telah menyaksikan hidangan-hidangan hebat yang disediakan secara potluck berjaya dimanfaatkan secara optimum oleh warga Melayu Dundee. Akhirnya, Dewan Taymills dikemaskan bersama-sama secara gotong royong bagi memastikan tiada sebarang kesan degil yang tertinggal yang boleh meng”stress”kan tuan rumah (cikgu Azmi dan keluarga) yang sentiasa pantas menempah penggunaan dewan bagi pihak KMD.
Penyelaras Program: Ustaz Nizam Hassan
Laporan disediakan oleh Ustaz Nizam Hassan

Wednesday, April 1, 2009

Kelas Memasak

Biro Wanita KMD yang diketuai oleh Zulaikha telah mengadakan kelas memasak buat pertama kalinya di 349 Charleston Drive. Jenis masakan yang dipelajari adalah Kek Butter, Pavlova Strawberry Rolls dan Kerabu daging.


dah habis memasak..sempat jugak bergambar


Ika dan Ina bukan main lagi khusyuk memasak

Kursus Solat

Persatuan Melayu Aberdeen telah menganjurkan kursus solat pada januari lepas. Seramai 20 orang warga KMD turut serta. Kursus yang amat bermanafaat ini disampaikan oleh penceramah terkemuka, Ust Zaharuddin Abd Rahman.



Kursus Solat Aberdeen 2009
Tarikh: 21/1/2009
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 8.30 pm
Tempat: King's College, University of Aberdeen, Scotland
Peserta Dundee: Che Anuar, Azra, Ust Nizam, Syiqin, Fa, Ika, Tarmidi, Linda, Suraya, K Maziah, Irfan, Liyana, Aida, Mahzan, Azmi, Mahadi, Afandi, Amal, Izzaty

Thursday, March 5, 2009

Farewell Gathering and Birthday for Februarians


Tanggal 22 Feb 2009, satu-satunya famili KMD di St Andrews, Saudara Izzaidin dan isteri, Dayang berserta anak, Izzat telah menganjurkan farewell gathering untuk Kak (Datin) Rashidah yang telahpun menamatkan cuti sabatikal beliau di Ninewell Hospital. Turut diraikan juga adalah harijadi Izat, Luqman dan Kak Rashidah sendiri serta kesemua KMDians yang hari lahirnya jatuh pada bulan Feb. Di antaranya adalah Amir, Che An, Syiqin dan Liyana.



Majlis berlangsung dengan meriahnya, semeriah makanan yang disediakan secara potluck. Di antara hidangan yang disediakan adalah Ikan stim oleh Dayang, nasi tomato oleh Lela, rojak ayam Ina dan Zahir, bee hoon busy Rauhan dan Hafiz, nasi himpit Azra, kuah kacang syiqin dan kerabu daging, hati masak kicap, kek coklat dan strawberry cream almond cake dari dapur Chepiah...tak ketinggalan ikan sepat masak lemak kuning Kak Maziah (ikan sepat kat dundee?? biar betul...)


Di antara yang hadir adalah Ust Lutfi dan famili, Amir dan famili, Che An, Azra, Ika, Tarmidi, Ust Nizam sefamili, Suryadeen sefamili, Kak Maziah sefamili, Liyana, Amal, Mahadi, Azmi sefamili, Zahir sefamili dan segerombolan geng-geng St Andrews.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 7 malam setelah semuanya kekenyangan...pihak KMD berharap Kak Rashidah selamat sampai ke tanahair dan semoga berjumpa lagi....

Wednesday, March 4, 2009

KMD Bowling Tournament

Team Tangan Bangku menjuarai Bowling Tournament kali ke 1


Pada 21 feb 2009, satu pertandingan bowling yg dinamakan KMD Bowling Tourney 1 telah diadakan di Dundee Megabowl. 3 teams berjaya ditubuhkan. Ahli2nyer terdiri daripada

1. Team Tangan Bangku: Abg Azmi,Abg Zahir,Rauhan,Irfan
2. Team Tetralogy of Fallot: Mirin, Amal, Muiz
3. Team The Kilt: Kak Rosazra, Kak Shikin, Kak Ika, Kak Khamsah

Terdapat juga keluarga lain yg turun ke Megabowl utk bermain bowling dgn anak2. Antara mereka ialah Abg Taufik, Abg Amir dan Abg Din. Ust Amin dan juga Abg Mahmud juga sempat mencelah,tapi x sempat bermain,hehe.

Arakian, team2 berlawan2 sesama mereka, dan Team Tangan Bangku menang dgn pungutan mata 385, diikuti oleh Team Tetralogy of Fallot (374). Amal merangkul anugerah Pengebowl terbaik, memungut mata sebyk 154. Team The Kilt telah mengalami masalah teknikal,lalu terpaksa keluar dari pertandingan,sungguh sayu.

Hadiah disampaikan kpd Team Tangan Bangku oleh Mirin. Mirin mengucapkan terima kasih kepada semue yang datang, dan akan membalas dendam kalah di "KMD Bowling Tourney 2 - Return of the Falloter".

Team yang ambil bahagian- Tangan Bangku (Rauhan, Irfan, Azmi dan Zahir), Tetralogy of Fallot (Mirin, Amal dan Muiz) dan The Kilt (Azra, Ika, Khamsah and Syiqin)






-ReuterMirin-





Friday, January 2, 2009

Ekspedisi Jelajah Scottish Highland

Ekspedisi jelajah Scottish Highland yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Ahli-ahli ekspedisi adalah terdiri daripada warga KMD (Tarmidi, Ika, Khamsah, Amir, Fizzy, Aidil, Bob, Zahir, Ina, Luqman, Balkis, Che Anuar, Azra, Mahadi, Aida, Suraya, Kak Maziah, Irfan, Syiqin, Nizam, Zayd, Rabihah, Mahmud, Batrisya, Muqri, Ust Ameen, Fa, Nabhan, Hannan), 2 orang sahabat dari Malaysia (Kak Aisyah dan Kak Hazizah) dan satu famili melayu dari Glasgow (Ust Abduh, Safinar dan anak-anak (5)).
Dinner at Grey Corrie Lodge, Menu: Kari Ayam, Telur dadar, sayur campur

Perjalanan bermula dari Charleston Drive, singgah sembahyang jumaat dan Asar di Perth. Ahli xpdc amat berterima kasih kepada Zaidi sefamili (Gee, Maisarah dan Umar) kerana membenarkan ahli-ahli berhenti makan dan sembahyang dirumah beliau. Lebih kurang pukul 2.30 petang, ahli rombongan yang terdiri daripada 5 buah kereta bergerak ke Roybridge. Permandangan di sepanjang perjalanan amatlah cantik sekali walaupun dalam keadaan berkabut. Rombongan xpdc sampai di Grey Corrie Lodge di Roybridge, Fort William lebih kurang pukul 6 petang (macam malam) dan menginap di situ selama 2 malam.

Mahadi the flying man...@ Nevis Range

Keesokan harinya, disebelah pagi jelajah diteruskan ke Nevis Range. Walaupun agak kecewa tak dapat berski (salji tak ada), tapi pemandangan dari atas Nevis Range sangatlah menarik. Pada sebelah petang pula, rombongan bergerak ke bandar Fort William. Oleh kerana cuaca yang berkabut, akitiviti cruising dibatalkan. Ahli-ahli xpdc mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan window shopping sekitar high street Fort William. Ahli rombongan juga sempat melawat Inverlochy Old Castle sebelum balik ke hostel.

In front of Grey Corrie Lodge before move out to Isle of Skye

Hari ketiga, kembara diteruskan ke Isle of Skye. Pemandangan picturesque disepanjang perjalanan menyusuri puncak, loch and firth. Di Isle of Skye, rombongan menginap di Scottish Youth Hostel, Uig. Hari terakhir, kembara diteruskan dengan melawat sekitar Isle of Skye dan singgah di Dunvegan Castle dan Eileen Donan Castle. Dalam perjalanan balik ke Dundee melalui Loch Ness dan singgah di Urquhart Castle sebelum ke Inverness untuk solat dan dinner. Lebih kurang pukul 7 malam, ahli rombongan bertolak balik ke Dundee dan alhamdullilah selamat sampai di Dundee lebih kurang pukul 10.30 malam.

Di Uig, Isle of Skye


Gambar-gambar sepanjang xpdc yang dirakam oleh cameraman rasmi xpdc boleh dilihat di sini atau di ruangan album KMD.

Penyelaras XPDC Jelajah Scottish Highland 2008

Chief de Mission: Tarmidi Sailan

  • Penginapan dan Bendahari: Khamsah
  • Makanan: Zulaikha dan Fatima
  • Transport: Zahir
  • Aktiviti: K Maziah dan Mahadi
  • Chief Cook: Khamsah
  • Kebersihan: Azra
  • Kesihatan: Aida
  • Cameraman: Amirrudin

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat dan di harap semua berpuashati dengan perjalanan xpdc kali ini. Semua yang terlibat telah menunjukkan semangat ukhuwah yang sangat tinggi dan semoga aktiviti kita mendapat rahmat dari Allah swt, IsyaAllah.