Monday, September 1, 2008

Tadarus Ramadhan Muslimat




Keterangan
(1) Buka puasa. Boleh buka di mana2 yang sesuai, rumah sendiri, DUIS, Masjid etc. Sila awas dnegan jam anda supaya boleh berkumpul di tempat tadarus pada masa yang ditetapkan.
(2) Solat maghrib
(3) Berkumpul untuk bertadarus bersama2 di rumah host. Jadual host akan diedarkan untuk mencari volunteer. Tadabur, setiap orang akan bergilir2 membentangkan tadabur ayat. Pilih 1-3 ayat dari juzuk yang dibaca pada malam itu dn bincangkan tafsirnya dalam masa 10 minit. Giliran akan ditentukan awal dalam jadual host.
Target: Sekurang2nya satu malam satu juzuk.
(4) Solat Isyak dan terawikh boleh ditunaikan di rumah host atau di masjid atau di rumah masing2, terserah kepada kesesuaian masing2.

Pilihan untuk host (sila nyatakan pilihan anda dalam jadual host.)
(A) Basic – host untuk majlis tadarus dan tadabur sahaja.
(B) Host untuk majlis tadarus, tadabur, Isyak dan Terawikh
(C) Host untuk majlis berbuka puasa, tadarus, tadabur, Isyak dan Terawikh
(D) Usrah (setiap jumaat malam sabtu). Bermula sejam sebelum berbuka puasa, dimulakan dengan pengisian usrah. (Pembentang akan ditentukan awal supaya dapat bersedia untuk pembentangan yang ringkas dan padat.) Diikuti dengan berbuka puasa…. Terawikh.


Kita memahami masing2 ada tugasan seharian, justeru, usah rasa bersalah kalau anda memilih untuk menjadi host jenis A.

Dan menyedari menjamu orangberbuka puasa adalah sangat besar pahalanya di bulan ramadhan ini, kita juga nak beri peluang dengan lebih teratur kalau ada yang nak jemput berbuka puasa di rumahnya sebagai host jenis C. Kita tak galakkan untuk buat style potluck terbuka, untuk elakkan orang rasa segan nak datang majlis sebab tak sempat nak masak apa2. :)
Masak simple2 aje. Don't expect a big feast. Rasulullah s.a.w. bersabda 'walaupun dengan sebiji tamar'.
Kecuali dah berpakat dengan orang lain untuk buat satu majlis buka puasa, tak pe lah.

No comments: