Monday, July 14, 2008

Tentsmuir Beach BBQ Picnic, 13 July 2008

Aktiviti terbaru KMD adalah piknik di Tentsmuir Beach, somewhere near St. Andrews. Seramai lebih kurang 35 orang warga dan anak-anak warga KMD turut serta. Rombongan berkumpul di Abbotsfort Place dan bertolak ke Tentsmuir lebih kurang pukul 10 pagi.


Taklimat oleh Penghulu KMD sebaik saja sampai di Tentsmuir Pine forest. Dah lama tak dengar sepatah dua kata dari Ust Amin, maklum lah dah agak lama KMD tak ada gathering sejak raya haji last year. Tak mudah nak mengumpulkan kesemua ahli kerana masing-masing terikat dengan komitmen tersendiri. Pada trip kali ini, kebanyakannya disertai oleh families and postgrads. Warga bujang dan undergrad ramai yang berada diluar Dundee samada merantau atau balik M'sia.


Rauhan, Kak Maziah, Aini, mak Kak Ashi, Fa and Suraya kusyuk dengar amanat Tuk Penghulu

Sapa kata bbq senang....Mr. Mom dibantu oleh bakal doktor dan scientist phd trying to figure out..so intense discussion...







Lega dah berasap....apasal Muiz nampak tension jer...
Mr Mom dah lapar...







Aktiviti utama adalah makan...selain daripada bbq (ayam, kambing, sosej, veg kebab), ada juga 'ready to eat' food.. Antaranya pulut kuning, popia, sandwich, cheesecake, fruit cocktail castard puding, coleslaw and fruits..... dalam pada tu muslimat KMD sempat jugak ber-conference....








yang tak dapat ber-conference tu.. maklum la... parent duty...






Akhirnya setelah perut penuh, sebelum mata minta direhatkan, aktiviti bbq pun ditamatkan lebih kurang pukul 3.30 petang. Sebelum balik sempat bergambar beramai-ramai. Khai, Inda, Danish, Zaidi dan Maisarah dah balik dulu.
Photographs credited to Amirrudin Ahmad. The rest of the photos boleh tengok kat http://picasaweb.google.com/melayudundee/TentsmuirPicnic13July2008?pli=1. Gambar dari Khai boleh browse kat http://inda2681.fotopages.com/.




No comments: