Sunday, July 20, 2008

Kelas Fardhu Ain untuk Anak-anak KMD

Sukacita dimaklumkan, Saudari Zulaikha kita telah menawarkan diri untuk mengadakan kelas fardhu ain untuk anak-anak KMD.

Petikan dari e-mail beliau

"Mendapat galakan dan suntikan semangat dari suami dan sahabat2 di sini,saya dengan rendah dirinya ingin menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar kelas Fardhu Ain kepada anak-anak comel di sekitar Dundee.Di sini, kita dah ada usrah muslimin dan muslimat tapi kita belum ade "usrah anak2".So saya rasa elok juga jika diwujudkan "usrah" ini.
Saya bercadang untuk memulakan kelas ini pada:

HARI:Rabu dan Khamis(bermula 23 dan 24.7-minggu depan)-2 hari seminggu.

MASA:5:00-6: 30 petang.

TEMPAT: 1/L,7 Eassons Angle DD2 2LP,Dundee.

SASARAN:Anak- anak umur 3-10 tahun.

Bersama ini juga,saya memohon jasa baik ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke kelas ini untuk membawa bahan-bahan untuk belajar seperti Iqra',Al-Quran (kalau anak dah sampai Quran) atau mungkin kalau ada carta-carta panduan wudhuk,solat dan yang sewaktu dengannya yang mungkin boleh digunakan untuk belajar kerana saya memang kekurangan bahan tersebut.

Sekian sahajalah dimaklumkan, so sesiapa yang berminat bolehlah hantar anak ke alamat yang telah saya sertakan.Jemputlah datang.....

Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga kepada Saudari Zulaikha dan suami beliau Saudara Tarmidi. Kelas ini juga akan dibantu oleh Pn Azlina. Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada niat suci ini.



No comments: