Saturday, March 10, 2012

USRAH GABUNGAN KMD



InsyaAllah pada Sabtu minggu hadapan (17hb Mac 2012), program Usrah Gabungan KMD akan diadakan di seberang sungai Tay iaitu di rumah saudara Faizi di Newport-On-Tay. Semua warga KMD dijemput hadir memeriahkan pertemuan tersebut. Program dirancang akan bermula pada pukul 1.00 pm dengan sesi makan tengahari, jadi, adalah digalakkan untuk solat terlebih dahulu di rumah masing-masing sebelum bertolak ke sana. InsyaAllah untuk sesi khas usrah kali ini, KMD berbesar hati menjemput dua orang tetamu khas yang akan mengongsikan pengalaman kehidupan mereka di Palestin, Holland dan Sweden, dan mengongsikan gambaran tentang cabaran hidup muslim dan umat Islam di negara-negara tersebut.
Sesi khas ini adalah kesinambungan daripada sesi dalam usrah (Muslimin) yang lepas di mana jemputan khas KMD iaitu saudara sheikh Arif (pelajar phd dalam bidang Tafsir) daripada Bulgaria dan bapak Rahmat (phd pendidikan) telah mengongsikan pengalaman dan pemerhatian mereka terhadap situasi dan perkembangan masyarakat Islam di negara asal masing-masing.
Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Faizi sekeluarga atas kesudian menawarkan rumah mereka sebagai tempat program kali ini.
InsyaAllah, kita semua jumpa di sana...

Tuesday, February 21, 2012

Winter Trip KMD





Program Mega Winter Trip KMD tahun ini telah dibatalkan secara teknikal kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, beberapa buah keluarga KMD mengambil inisiatif meneruskan program trip musim sejuk ini dengan skala yang lebih kecil. Lima buah keluarga yang diketuai oleh "iron lady" KMD (puan Fiza) telah merentasi selatan Scotland dan utara England untuk tiba di kawasan pelancongan terkenal "Lake District" di Cumbria. Mereka telah menginap di Youth Hostel di Keswick dan sempat beberapa kali mengadakan sesi pelajaran masak-memasak yang diselia oleh chef utama yang diimport daripada Mardi iaitu abe Zul.
Rombongan agak bertuah kerana ketika salji begitu malu-malu untuk menutupi bumi Dundee, ia telah begitu tebal turun di Cumbria dan masih lagi meliputi beberapa kawasan sekitar ketika ketibaan mereka. Rombongan mengambil kesempatan bermain salji sepuasnya dan menikmati keindahan pemandangan di Windermere.
Lake District sememangnya terkenal dengan pemandangan yang sangat indah, tasik-tasik besar untuk aktiviti memancing, berbot dan berkayak. Perkhidmatan kapal persiaran juga banyak disediakan. Ia dikelilingi kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan latihan (training). Alhamdulillah semua anggota rombongan selamat pulang, dan semasa dalam perjalanan pulang, rombongan telah singgah di Glasgow untuk membeli-belah barang-barang keperluan.

Friday, February 3, 2012

Sambutan Maulidur Rasul KMD 2012

Majlis sambutan maulidur Rasul akan diadakan pada 04 Feb 2012 di rumah saudara Zahiruddin Fitri/Azlina Zainul. Pada majlis ini Ust. Suhaimi M Yusof akan menyampaikan ceramah khas berkenaan junjungan kita Muhammad SAW. Warga KMD sama-sama menyediakan juadah yang mana menu utama adalah nasi kerabu.
Semua warga KMD dijemput hadir.

Wassalam

Monday, December 5, 2011

Tahniah


Tahniah kepada Dr. Khamsah, Dr. Maziah (PhD - University of Dundee) dan Dr. Nurul Izati (PhD - St. Andrew's University) atas kejayaan dalam pengajian kedoktoran. Sekalung tahniah!

Terbaru: Tahniah juga kepada Dr Amal Ismail (PhD - University of Dundee) atas kejayaan baru-baru ini.

Saturday, November 12, 2011

Barisan Kepimpinan KMD 2011/12

Keputusan pilihanraya kepimpinan KMD 2011/12 pada 11.11.11



Penghulu: Ahmad Nizam Hassan



Timbalan Penghulu: Mahiz Spawi
Bendahari: Suhaimi Mohd Yusof
Ketua Wanita: Nurul Asyiqin Yusof


AJK: Muhammad Faiz Ab Basir

AJK: Wan Norhafiza Abdul Rahim
AJK: Aimi Hamizah Kamarul Zaman

Thursday, November 10, 2011

Penghargaan

Terima kasih kepada barisan kepimpinan KMD 2010/11

PENGHULU Mohd Taufik Alias

TIMBALAN PENGHULU Mohd Mahadi Halim

KETUA WANITA Azlina Hj Zainul

SETIAUSAHA Zahiruddin Fitri Abu Hassan

BENDAHARI Mahiz Spawi

Exco-exco:
Biro Bina Insan Nour Izaquan Baharuddin
Biro Sukan dan Rekreasi Wan Norhafiza Abdul Rahim
Biro Kebajikan dan PenempatanMuhammad Zuhaili Abu Bakar
Biro Informasi dan KomunikasiNurul Asyiqin Yusof

Saturday, November 5, 2011

Salam ikhlas daripada warga KMD 2011