
Fisherman's friend - warga KMD yang mengikuti trip menawan lautan berkumpul di Ninewells, Dundee.
Ketika berada di kapal Mr. Smirth. Azahar dan Taufik (Penguhulu KMD) menunjukkan hasil pancing.
Antara warga KMD yang menyertai aktiviti ini.*Malaysia*Indonesia*Singapura*Brunei*.................................................................................................................................................... Warga Melayu Nusantara di Dundee, Scotland, United Kingdom

Ketika berada di kapal Mr. Smirth. Azahar dan Taufik (Penguhulu KMD) menunjukkan hasil pancing.
Antara warga KMD yang menyertai aktiviti ini.Seperti ramai yang dah maklum, pada hari sabtu ni kita akan adakan Sukaneka dan BBQ di St Andrews. Penyelaras BBQ bersama-sama exco KMD telah bermesyuarat hari sabtu yang lalu, di ikuti dengan mesyuarat JKKK St Andrews pada hari Ahad. Hasil kedua-dua mesyuarat itu adalah seperti berikut:
Sukaneka dan BBQ St Andrews 2010
Tarikh: 22 Mei 2010
Tempat: West Sand, St Andrews
Masa mula: 2 petang
Sukaneka
Dewasa
a) Lari kaki tiga
b) Junjung buku
c) Bowling padang
c) Pukul bola golf
Kanak-kanak
a) Cari syiling coklat dalam tepung
b) Bawa bola golf dalam sudu
c) Cari Strawberri dalam besen air
d) Passing bola ke belakang
Acara kemuncak
Musical chair
Penyelaras
St Andrews dan kawasan sekitar: Rauhan
Peralatan sukaneka dan hadiah: Fiza dan Elly
Logistik (BBQ set, arangbatu, mancis, pinggan mangkuk, tikar)- Taufik
Makanan: Khamsah Suryati
Pengangkutan: Abg Azmi
Berikut adalah nasihat (yang telah dibuat sedikit penyuntingan) daripada Ustaz Lutfi berdasarkan pengalaman beliau pulang ke Malaysia.
Di UK
1. Pilih syarikat yang establish di UK dan di Malaysia. Umpamanya syarikat Palshipping (setakat pengalaman beliau, servis Palshipping memuaskan).
2. Barangan di Malaysia dan di UK dibawah satu pengurusan. Hubungi syarikat yang diyakini. Dapatkan sebut harga untuk kontena 40' atau 20'.

3. Wrap barangan dengan cermat menggunakan bubble wrap.
4. Kotak jgn terlalu besar dan berat. Gunakan yang sederhana sahaja. Contohnya kalau kotak terlalu besar, isikan barangan yang ringan sahaja. Ini memudahkan proses mengangkut barangan.
5. Buat appointment dgn Ninewells garage untuk loading kereta ke dalam kontena. Fix masa dgn shipping dulu baru fix masa dengan garage. Kalau boleh hari Sabtu sebab hari Ahad garage ditutup. Jika ada servis seklipun bayarannya mahal. Pada Januari 2010, kos yang dikenakan adalah £50 sahaja.
Di Malaysia
1. Apabila bawa kontena ada CLEARANCE FEES yang perlu dibayar on top of harga kontena tadi (sewaktu nak keluarkan barangan bersama kereta nanti). Kita perlu bayar kepada agent shipping di Malaysia.
2. Nilai clearance ni mengikut saiz kontena, bukan kuantiti barang. Contohnya 1 kereta + barang dikira satu
3. Jadi elok dapatkan quotation utk clearance fee daripada shipping company yg dipilih (sesetengah syarikat untuk bayaran kontena telah dimasukkan clearence fee di Malaysia/Port Klang. Jadi perlu dapatkan penjelasan yang terperinci.
4. Kalau kita ship kotak sahaja - tidak ada clerance fees- door to door, (mungkin dah include sekali dlm harga shipping tu).
5. Kalau ship kereta sahaja -memang ada clearance fee- boleh tanya syarikat shipping sebab harga berubah-ubah mengikut ekonomi semasa
6. Sewa lori utk bawa barangan keluar dari Port Klang, harga bergantung kepada lokasi/distance.
Ringkasnya: KOS yang perlu dibayar


