*Malaysia*Indonesia*Singapura*Brunei*.................................................................................................................................................... Warga Melayu Nusantara di Dundee, Scotland, United Kingdom
Wednesday, April 1, 2009
Kelas Memasak
Kursus Solat

Thursday, March 5, 2009
Farewell Gathering and Birthday for Februarians
Wednesday, March 4, 2009
KMD Bowling Tournament
1. Team Tangan Bangku: Abg Azmi,Abg Zahir,Rauhan,Irfan
2. Team Tetralogy of Fallot: Mirin, Amal, Muiz
3. Team The Kilt: Kak Rosazra, Kak Shikin, Kak Ika, Kak Khamsah
Terdapat juga keluarga lain yg turun ke Megabowl utk bermain bowling dgn anak2. Antara mereka ialah Abg Taufik, Abg Amir dan Abg Din. Ust Amin dan juga Abg Mahmud juga sempat mencelah,tapi x sempat bermain,hehe.
Arakian, team2 berlawan2 sesama mereka, dan Team Tangan Bangku menang dgn pungutan mata 385, diikuti oleh Team Tetralogy of Fallot (374). Amal merangkul anugerah Pengebowl terbaik, memungut mata sebyk 154. Team The Kilt telah mengalami masalah teknikal,lalu terpaksa keluar dari pertandingan,sungguh sayu.
Hadiah disampaikan kpd Team Tangan Bangku oleh Mirin. Mirin mengucapkan terima kasih kepada semue yang datang, dan akan membalas dendam kalah di "KMD Bowling Tourney 2 - Return of the Falloter".
Friday, January 2, 2009
Ekspedisi Jelajah Scottish Highland
Ekspedisi jelajah Scottish Highland yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Ahli-ahli ekspedisi adalah terdiri daripada warga KMD (Tarmidi, Ika, Khamsah, Amir, Fizzy, Aidil, Bob, Zahir, Ina, Luqman, Balkis, Che Anuar, Azra, Mahadi, Aida, Suraya, Kak Maziah, Irfan, Syiqin, Nizam, Zayd, Rabihah, Mahmud, Batrisya, Muqri, Ust Ameen, Fa, Nabhan, Hannan), 2 orang sahabat dari Malaysia (Kak Aisyah dan Kak Hazizah) dan satu famili melayu dari Glasgow (Ust Abduh, Safinar dan anak-anak (5)).Mahadi the flying man...@ Nevis Range
Keesokan harinya, disebelah pagi jelajah diteruskan ke Nevis Range. Walaupun agak kecewa tak dapat berski (salji tak ada), tapi pemandangan dari atas Nevis Range sangatlah menarik. Pada sebelah petang pula, rombongan bergerak ke bandar Fort William. Oleh kerana cuaca yang berkabut, akitiviti cruising dibatalkan. Ahli-ahli xpdc mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan window shopping sekitar high street Fort William. Ahli rombongan juga sempat melawat Inverlochy Old Castle sebelum balik ke hostel.
In front of Grey Corrie Lodge before move out to Isle of Skye
Hari ketiga, kembara diteruskan ke Isle of Skye. Pemandangan picturesque disepanjang perjalanan menyusuri puncak, loch and firth. Di Isle of Skye, rombongan menginap di Scottish Youth Hostel, Uig. Hari terakhir, kembara diteruskan dengan melawat sekitar Isle of Skye dan singgah di Dunvegan Castle dan Eileen Donan Castle. Dalam perjalanan balik ke Dundee melalui Loch Ness dan singgah di Urquhart Castle sebelum ke Inverness untuk solat dan dinner. Lebih kurang pukul 7 malam, ahli rombongan bertolak balik ke Dundee dan alhamdullilah selamat sampai di Dundee lebih kurang pukul 10.30 malam.
Di Uig, Isle of Skye
Gambar-gambar sepanjang xpdc yang dirakam oleh cameraman rasmi xpdc boleh dilihat di sini atau di ruangan album KMD.
Penyelaras XPDC Jelajah Scottish Highland 2008
Chief de Mission: Tarmidi Sailan
- Penginapan dan Bendahari: Khamsah
- Makanan: Zulaikha dan Fatima
- Transport: Zahir
- Aktiviti: K Maziah dan Mahadi
- Chief Cook: Khamsah
- Kebersihan: Azra
- Kesihatan: Aida
- Cameraman: Amirrudin
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat dan di harap semua berpuashati dengan perjalanan xpdc kali ini. Semua yang terlibat telah menunjukkan semangat ukhuwah yang sangat tinggi dan semoga aktiviti kita mendapat rahmat dari Allah swt, IsyaAllah.
Thursday, December 25, 2008
Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan AGM KMD 2008
Untuk warga KMD dan ahli keluarga warga KMD, gambar-gambar semasa program tersebut telahpun di'upload'kan dan boleh dilihat di ruangan Album KMD.
Tuesday, November 18, 2008
Majlis Sambutan Warga Baru KMD
antara yang hadir, Aeni (heavily pregnant), Anis (far end, blue dress), Dayang (cream jacket), Linda ( dark jacket), Ina (minum), KakMaziah, Azline Majlis sambutan pelajar baru telah pun selamat diadakan baru-baru ini di Common Room, Masjid Dura Street, Dundee. Ramai jugak yang hadir walaupun ramai jugak yang tak dapat hadir. Antara yang hadir adalah Penghulu, Ust Ameen, Fa (isteri penghulu) dan anak-anak mereka, Ustaz Lutfi sekeluarga (Ashinida(isteri), Nuha, Hubayd, Abrar), Khamsah dan anak-anak(Aidil, Fizzy, Bob), Zahir sekeluarga(Azlina(isteri), Luqman, Balkis), Amal, Nizam, Azline, Kak Maziah dan Irfan, Mahadi, Tarmidi dan Isteri, Ika dan juga Aeni dan anak-anak (Farhan, Iskandar, Fatihi).
Warga baru yang diraikan adalah Norlela sekeluarga, Anis sekeluarga, Rabihah sekeluarga, Che Anuar dan isteri, Syiqin sekeluarga, Aida, Mahzan sekeluarga, Linda dan tak ketinggalan famili dari St Andrews, Izaiddin sekeluarga. Juadah yang dihidangkan dibawa secara potluck macam biasa. Terima kasih bebanyak kepada semua yang menyokong dan menghulurkan bantuan bagi menjayakan majlis ini.

Kaum wanita sedang mengambil makanan (cam biase ler..ladies first)
