Thursday, May 19, 2011

Semalam yang berlalu... suatu perpisahan


(Buat Ustaz Ameen, Fa dan keluarga)


Semalam yang berlalu

Menyaksikan

Suatu lagi perpisahan

Yang tidak diingini

Pemergian sebuah keluarga

Yang sangat dikasihi

Kembali ke tanahair tercinta

Semalam yang berlalu

Buat kesekian kalinya

Bumi Dundee dibasahi lagi

Linangan air mata

Menjadi tanda

Betapa ikatan keluarga

Merapatkan kita

Betapa beratnya melepaskan pergi

Insan yang terlalu banyak berbudi

Kepada warga KMD

Seusia tiba

Pantas tangan dihulur

Membantu setiap yang ada

Tanpa mengira detik dan masa

Semalam yang berlalu

Menjadi lipatan sejarah kini

Kepulangan sebuah keluarga

Meninggalkan kami yang masih terpinga

Meneruskan sisa-sisa kehidupan

Yang masih belum berkesudahan

Semalam yang berlalu

Pastinya mengimbau kenangan

Detik-detik bersama

Yang tak mungkin berulang semula

Sama-sama berusrah

Sama-sama beriadhah

Bertadarrus di bulan puasa

Berbabeku di padang terbuka

Alangkah indahnya detik itu

Namun kini

Semuanya tinggal kenangan

Yang pasti terpahat kukuh dalam ingatan

Semalam yang berlalu

Sudah menjadi lumrah kehidupan

Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan

Setiap yang bermula pastikan berakhir

Apa yang pasti kini

Kehidupan perlu diteruskan

Perjuangan harus diselesaikan

Walaupun jarak memisahkan kita

Namun teknologi berjaya mendekatkan kita

Harapan dan doa kami di sini

Semoga ikatan persaudaraan kita

Berkekalan selamanya...

Nukilan

Azahar Aziz, Teratak Yarrow Terrace

Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011


Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat KMD diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: 26 Feb 2011
Hari: Sabtu
Tempat: common Room Taymills

Aturcara majlis:
10.00 pagi -Ketibaan warga KMD
10.30 pagi - Bacaan doa
10.35 pagi - Ucapan Aluan oleh Penghulu KMD
10.50 pagi - Ceramah Maulid al-Rasul oleh Ustaz Ahmad Nizam Al-Jordani
11.50 pagi - Selawat
12.00 t/h - Jamuan
1.00 petang - Solat Zohor berjemaah
2.30 petang - Mengemas dewan
3.00 petang - Bersurai
Pengarah program: Mahiz Spawi

SEMUA WARGA KMD DIJEMPUT HADIR

Harap maklum

Wednesday, December 1, 2010

Dundee diselimuti salji tebal


Salji mula bermukim di bumi Dundee semenjak 27 Nov 2010 sehingga ke tarikh ini. Lazimnya November masih lagi dikategorikan sebagai musim Luruh (Autumn), tetapi ilmu manusia tak dapat menjangkau ketentuan Ilahi. Ramai yang tidak bersedia dengan keadaan sekarang. Ia dapat dilihat apabila tong-tong garam tidak disediakan pihak berwajib. Sistem pengangkutan mula menerima kesan negatif apabila banyak jalan tidak dapat diakses. Pengangkutan awam juga terhad. Universiti dan sekolah-sekolah di Dundee ditutup. Banyak program terpaksa dibatalkan. Setiap pagi, pihak berwajib mengumumkan status operasi menerusi media elektronik terutama internet dan juga Radio Tay.fm. Antara kerisauan lain termasuklah bekalan makanan apabila beberapa stor menunjukkan kehabisan stok makanan. Ia mungkin berkaitan dengan sistem pengangkutan seluruh UK yang kian menerima kesan negatif ekoran cuaca sebegini. Semoga segala-galanya akan dapat diatasi. Inilah antara bukti kekuasaan Allah swt.

Sunday, November 28, 2010

EXCO KMD 2010/2011

Berikut adalah keputusan pemilihan EXCO KMD 2010/11

Penghulu: Sdr. Taufik Alias
Timbalan Penghulu: Sdr. Zahiruddin Fitri & Sdr. Mohd Mahadi
Bendahari: Sdr. Mahiz Spawi
Ahli Jawatankuasa: Sdr. Izaquan, Dr. Norashikin, Sdr. Zuhaili dan Sdri. Wan Norhafiza

Selamat menjalankan tugas.

Monday, November 22, 2010

AGM (Annual General Meeting) KMD 2010

Assalamualaikum,
AGM KMD 2010 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh/hari: 27-11-2010, Sabtu
Tempat : Taymills Common Room, Dundee
Masa: 1.40 t.hari
Program:
1.40 t.hari - Ucapan Pengerusi AGM KMD 2010 (Sdr. Taufik Alias)
1.50 t.hari - Taklimat SPR KMD 2010 (Sdr. Amiruddin)
- Pembuangan Undi
1.30 t.hari - Pembentangan minit mesyuarat AGM 2009/2010
- Laporan aktiviti dan Biro KMD 2009/2010
4.00 petang - Pengumuman keputusan pilihanraya KMD 2010/2011
4.10 petang - Pengenalan EXCO KMD 2010/2011
- Ucapan aluan Penghulu KMD 2010/2011
4.30 petang - Solat Maghrib berjemaah
4.45 petang - Mengemas dan membersihkan dewan
- Bersurai

Jawatankuasa AGM
Pengerusi AGM : Sdr. Taufik Alias
Penyelaras: SDr. Zahiruddin Fitri
Pengersui SPR : Sdr. Amiruddin
AJK:
1. Sdr. Mahiz
2. Sdr. Azahar Aziz
3. Sdr. Anas (pengacara majlis)
4. Sdr. Mahadi
5. Zharif
6. Ust. Nizam
7. Sdri. Najimin
8. Sdri Sumaiyah

Sumber: e-mail Setiausaha KMD 2009/2010 bertarikh 22-11-2010

Sambutan Aidil Adha 2010

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan Aidil Adha peringkat KMD 2010 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh/hari: 27-11-2010, Sabtu
Tempat: Taymills Common Room
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Program:
10.30 pagi - Persiapan dewan dan ketibaan tetamu
11.00 pagi - Bacaan doa (Utaz Nizam)
11.05 pagi - Ucapan Penghulu KMD sesi 2009/2010 (Sdr. Taufik Alias)
11.15 pagi - Acara Tilawah kanak-kanak
12.00 t.hari - Jamuan
- Solat Zohor dan Asar (Jamak)
1.30 t.hari - Tamat untuk program Aidil Adha dan bersambung dengan AGM.
SEMUA WARGA KMD DIJEMPUT HADIR

Sumber: e-mail daripada Setiausaha KMD 22-11-2010

Monday, November 15, 2010